SEJARAH/LATARBELAKANG

Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1961.dan menumpang di sekolah kebangsaan bekoh. Allahyarham ustaz Ismail bin Togok adalah guru besar yang pertama yang berkhidmat pada tahun tersebut. Kelas yang ada pada waktu itu hanyalah dari darjah 1, 2 dan 3. Sekolah ini akhirnya semakin berkembang tahun demi tahun sehingga wujudnya darjah 6 pada tahun 1995 yang mana guru besar pada waktu tersebut ialah ustaz Haji Esa bin Muhd. Guru besar yang pernah berkhidmat di sekolah ini ialah ustaz Md. Salleh b. Komeng  ( 2002-2006 ) ,ustaz Md. Nor bin Romlan ( 2006-2010 ) dan ustazah Hjh. Maidatul Islamiah bt. Mohd ( 2011 – 2013 ). Sekolah ini masih  menumpang di Sekolah Kebangsaan Bekoh, Tangkak sementara menuggu bangunan sendiri.

Pada tahun 2013, sekolah ini mempunyai seramai 106 orang murid tediri daripada 69 orang murid lelaki dan 37 orang murid perempuan. Sekolah ini bergred C dan berada di dalam daerah Ledang zon Tangkak.

Alamat sekolah :
Sekolah agama bekoh belading,
D/a Sekolah Kebangsaan Bekoh, Jkr 1698 Kg Bekoh, 84900 Tangkak,
 Ledang, Johor.

Pada tahun ini, (2013), terdapat 3 orang guru sahaja yang bertugas di sekolah ini iaitu seorang guru besar (DG32) dan 2 orang guru kafa. pihak sekolah masih menantikan guru tambahan. Mudah- mudahan, pihak atasan tidak akan memandang remah perkara ini dan akan menambah lagi guru di sekolah ini kerana sangat- sangat diperlukan bagi memudahkan pelaksanaan P&P kepada murid.

No comments:

Post a Comment