Saturday, August 3, 2013

Majlis Khatam Alquran 25 Ramadhan1434h/ 3 Ogos 2013m

        Alhamdulillah,, Hari yang di tunggu-tunggu sudah tiba. Majlis Khatam Alquran yang penuh berkah dan rahmat dari Allah. Sempena bulan Ramadhan tahun ini (1434h), pihak sekolah agama amat berbesar hati kerana majlis khatam pada kali ini diadakan agak berlainan seperti biasa. Kami   amat bersyukur tidak henti-henti kerana pada kali ini majlis diadakan dengan gabungan Sekolah Kebangsaan Bekoh dan juga penduduk Kampung Bekoh.
       Majlis ini bermula pada pukul 3.00 petang dimulai dengan khatam Alquran kelas Alquran Kampung Bekoh yang diketuai oleh Ustzh. Hjh. Maimunah bt. Hj. Ahmad. selepas asar pula, majlis khatam lelaki dewasa dan murid-murid sek. Keb. Bekoh dan Sek. Agama Bekoh Belading. 15 minit sebelum berbuka, majlis diseriikan lagi dengan tazkirah yang disampaikan oleh Guru Besar Sek. Keb. Bekoh, Us. Kamaruddin bin Ibrahim.
       Alangkah bertuahnya kami kerana ustaz Kamaruddin turut mengimamkan solat fardhu maghrib.Setelah selesai berbuka puasa, penduduk kampung dan guru- guru turut sama menunaikan solat Isyak dan Tarawih berjemaah..
       Bagi kami pihak sekolah, inilah pengalaman yang amat berharga kerana pertama kali kami menyambut majlis khatam bersama- sama penduduk kampung Bekoh dan juga Sek. Keb. Bekoh. Diharap usaha yang murni ini akan diteruskan lagi pada masa yang akan datang... Moga Allah memberkati usaha kami ini sebagai salah satu cara untuk  memuliakan dan mengagungkan Alquran, Kalamullah.. wasalam..

Petikan Video Majlis Khatam Alquran